fbpx

Cadillac sah sertai F1 musim 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CADILLAC akan membuat kemunculan pertama dalam perlumbaan F1 pada musim depan. - AFP

PARIS – Cadillac mendapat lampu hijau untuk menyertai perlumbaan Formula Satu (F1) bermula musim 2026 selepas mendapat kelulusan rasmi daripada pihak F1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Keputusan berkenaan diumumkan selepas General Motors (GM) mencapai persetujuan dengan F1 sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penyertaan syarikat gergasi automotif Amerika Syarikat (AS) itu dalam sukan permotoran berprestij dunia tersebut.

Sebelum ini, F1 menolak bidaan pasukan Andretti Cadillac, tetapi dengan komitmen lebih besar daripada GM serta strategi baharu, Cadillac akhirnya diterima untuk menyertai perlumbaan.

Cadillac F1 akan dikendalikan oleh organisasi AS, TWG Motorsports dengan pemilik Andretti Global, Dan Towriss, serta Mark Walter sebagai pelabur utama.

Bagaimanapun, Michael Andretti yang sebelum ini mengetuai usaha membawa Andretti ke F1, tidak lagi terlibat dalam projek itu tetapi bapanya yang juga legenda F1, Mario Andretti akan bertindak sebagai penasihat pasukan.

Enjin pasukan itu pada awalnya akan dibekalkan oleh Ferrari, namun GM bersetuju untuk membina enjin sendiri untuk masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) F1, Stefano Domenicali menyambut baik kedatangan Cadillac dalam perlumbaan F1.

“Seperti kami katakan pada November, komitmen oleh General Motors untuk membawa pasukan Cadillac ke F1 adalah satu demonstrasi penting dan positif mengenai evolusi sukan kami.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada GM dan TWG Motorsports atas kerjasama selama berbulan-bulan. Kami menantikan untuk menyambut pasukan ini di grid mulai 2026 untuk tahun yang akan menjadi satu lagi tahun yang menarik bagi F1,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI