fbpx

Bukan fitnah, Sarah tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDAKWA dirinya di pihak yang benar, Sarah Yasmine menuntut bayaran RM875,000 dari Aliff.

PETALING JAYA – Wanita yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine menuntut pampasan sebanyak RM875,000 (S$250,000) daripada aktor tersebut selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa tindakan undang-undang tidak berasas.

Sarah, 25, menyifatkan tindakan Aliff memfailkan tuntutan bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) tahun lalu sebagai tidak masuk akal memandangkan pelakon itu sendiri sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada 21 Februari lalu.

“Pengakuan itu mengesahkan semua kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut adalah benar dan bukan fitnah.

“Walaupun begitu, anda tetap memfailkan tuntutan terhadap saya hingga membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) pada 29 April 2024.

“Tindakan undang-undang ini tidak berasas dan bertujuan untuk menutup kebenaran,” katanya.

Sarah berkongsi perkara tersebut menerusi notis tuntutan (letter of demand) yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Lebih mengejutkan, dia memberi tempoh tujuh hari kepada pelantun lagu Sayang Sayang itu untuk melunaskan bayaran tersebut atau berdepan tindakan lanjut.

“Ini hanyalah permulaan. Sesiapa yang telah menganiaya saya, terutama mereka yang mencipta fitnah, bersiap sedia.

“Anda tahu siapa anda. Kebenaran pasti akan menang,” luahnya.

Tahun lalu, Sarah menerima notis mahkamah di Singapura yang menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Aliff.

Namun, pertikaian tersebut diselesaikan secara baik melalui mediasi di mahkamah.

Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan hangat selepas dia tampil mengaku sebagai kekasih Aliff.

Pendedahan dibuat kerana tidak tahan melihat pelakon itu terus dikecam selepas dicekup khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu.

Sejak itu, dia kerap berkongsi tangkap layar perbualan dipercayai antara Aliff dan seorang wanita dikenali sebagai NRF menerusi Instagram miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI