fbpx

Berbuka puasa mengikut citarasa kita di Palm Garden Hotel Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian manisan dan pemanis mulut yang bakal memenuhi selera pengunjung tidak kira yang muda dan juga warga emas.

PUTRAJAYA – Sebaik melangkah ke Palm Cafe di Palm Garden Hotel, Putrajaya untuk menikmati juadah berbuka puasa, pastinya pengunjung akan berasa teruja melihat keceriaan suasana kafe yang telah diubahsuai serta hidangan menu yang disediakan oleh cef berpengalaman  bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Bertemakan Iftar Citarasa Kita Buffet yang sedang berlangsung sehingga 30 Mac ini, pengunjung pastinya tidak menang tangan untuk memilih hidangan yang digemari.

Setiap segmen makanan dihidangkan mengikut kaunter masing-masing termasuk kaunter masakan secara langsung untuk membolehkan pengunjung menikmati makanan panas yang baru di masak selain dapat juga membantu pengunjung membuat pilihan yang bertepatan.

Hasil idea dan air tangan Cef Irwan dan kakitangannya, terdapat lebih daripada ratusan menu daripada makanan utama hinggalah kepada manisan dan pemanis mulut serta buah-buahan termasuk durian.

Menurut kenyataan, antara menu lazat yang bakal menjadi pilihan pengunjung daripada kaunter masakan utama adalah kambing masak hitam, gulai masak udang, nasi ayam dengan pilihan ayam atau itik panggang, makanan stail Cina seperti udang nestum, salmon yang dibakar dalam ketuhar serta masakan versi India seperti Aloo Gobi dan juga Baigan Masala.

Bersesuaian dengan bulan Ramadan, selera pengunjung yang lebih menggemari masakan berasaskan sup, pihak hotel turut menyediakan sup berempah yang dimuatkan dengan daging, tulang dan lain lain.

Selain itu, kaunter berasaskan panggang memberi pilihan kepada pengunjung untuk memilih jumbo chicken sausages, kepak ayam BBQ, ayam percik dan juga ikan bakar, udang bakar serta juga otak-otak.

Pastinya kaunter yang menghidangkan kambing bakar juga adalah antara menu popular pengunjung serta juga terdapat kaunter roti yang menyajikan murtabak, roti planta, roti john, roti jala dan juga chicken tortilla wrap.

Kaunter berasaskan makanan mamak juga menyediakan pilihan kepada pengunjung untuk menikmati mi goreng, kuay teow, maggie goreng dan juga nasi goreng kampung.

Lebih menarik terdapat kaunter yang menyajikan menu mi kari dan asam laksa.

Tidak lengkap dengan pemanis mulut dan manisan, kafe ini menawarkan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu, bubur manis, roti puding dan juga chocolate fountain yang pastinya akan diserbu oleh kanak-kanak.

Selain itu pihak hotel juga menyediakan durian untuk tempoh terhad sepanjang bufet tersebut bagi memberi kelainan kepada pengunjung.

Harga bufet Ramadan yang ditawarkan pengunjung adalah RM168 seorang dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI