fbpx

Baru pukul 1 tengah hari, tapi lepas salam tangan bau kari?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Jumpa pesakit 1 tengah hari tadi, yang peliknya, tangan kita bau kari pula bila salam.”

Itu perkongsian seorang doktor tentang ragam pesakit yang datang ke kliniknya, hari ini.

Menggunakan profil Doc Azhari Zhahir di media sosial, beliau memaklumkan, pesakit berkenaan datang kerana mengalami sakit kaki dan ingin memohon cuti sakit.

Walaupun mendedahkan ‘bau kari’ tersebut, doktor berkenaan masih cuba untuk bersangka baik.

“Pakai ketayap. Dia sakit kaki, jadi minta cuti sakit. Tangan kita bau kari pula bila salam. Bau macam kari kedai hujung, berempah ekstra sikit. Husnuzon (berbaik sangka),” katanya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut berseloroh dan cuba ‘bersangka baik’.

“Masalah sekarang ni, macam mana doktor tahu tu kari kedai hujung? Jangan macam-macam doktor,” komen @Botaq Apeq.

“Bukan bau tangan doktor kan?,” soal @Masrurah Dzulkefli.

“Mungkin pak cik tu gaul kari awal-awal nak masak ayam rempah, bini dia suruh tolong tadi. Baru sempat gi klinik,” ujar pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI