fbpx

500 asnaf, pelajar tahfiz terima sumbangan raya Yayasan Pekema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Nazari ketika menyantuni salah seorang penerima semasa program membeli-belah di Mydin Mall, Subang Jaya semalam.

PETALING JAYA – Bagi membantu golongan kurang bernasib baik membuat persiapan Aidilfitri, Yayasan Pekema (Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) memperuntukan kira-kira RM600,000 pada tahun ini.

Peruntukan tersebut merangkumi bantuan kepada golongan asnaf serta anak yatim di beberapa negeri termasuk Selangor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, lokasi pertama bantuan tersebut telah dilaksanakan di Selangor semalam yang mana 500 penerima telah dibawa membeli-belah di Mydin Mall USJ, Subang Jaya.

Jelasnya, program itu melibatkan anak-anak asnaf dan pelajar tahfiz dari pelbagai institusi di negeri ini, termasuk Persatuan Kebajikan Al Rayyan Malaysia (OKU Mata), Masjid Hidayatul Muttaqin, Madrasah Quran Darussalam (MQDS), dan Maahad Tahfiz Miftahul Ulum,

“Untuk program hari ini (semalam), Pekema telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 yang mana semua penerima diberikan baucer sebanyak RM200 setiap seorang untuk membeli-belah.

“Kami berharap agar program ini membawa kegembiraan dan meringankan beban mereka dalam menyambut Aidilfitri nanti ,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamed Nazari, program itu bukan sekadar satu bentuk bantuan material, tetapi juga lambang keprihatinan dan solidariti masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

“Setiap sen yang disumbangkan dalam program ini adalah hasil keprihatinan mereka yang percaya bahawa kebajikan harus dikongsi bersama. Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi di masa hadapan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI