fbpx

Wanita gagal naik pangkat racun rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan suspek menceroboh kawasan khas yang menyimpan bahan kimia di Brazil. - Oddity Central

BRASILIA – Seorang pekerja kilang tekstil di Brazil ditahan selepas meracuni rakan sekerjanya kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkat mangsa, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Abadia de Goias, wilayah Metropolitan Goiania bulan lalu, 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek berusia 38 tahun mencampurkan bahan kimia ke dalam botol air sebelum diminum oleh mangsa. 

Polis berkata, minuman itu mengandungi bahan pelarut berkepekatan tinggi yang boleh membawa maut. 

“Siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu pernah berkawan rapat, tetapi semakin renggang selepas mangsa mendapat kenaikan pangkat. 

“Mangsa segera mendapatkan bantuan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” kata polis. 

Suspek ditahan pada 27 Februari lalu dan berdepan tuduhan cubaan membunuh yang boleh membawa hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI