fbpx

Tukang gunting berusia 108 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shitsui Hakoishi diiktiraf sebegai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia pada usia 108 tahun. - Kyodo

TOKYO – Seorang warga emas di Jepun menempa nama dalam Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia, lapor portal berita VNExpress kelmarin. 

Shitsui Hakoishi yang berumur 108 tahun, menerima pengiktirafan tersebut di salonnya di Nakagawa, wilayah Tochigi pada Rabu lalu. 

Menurut Hakioshi, kejayaan itu diperoleh selepas dia bekerja sebagai tukang gunting rambut selama 90 tahun. 

“Saya sangat terharu dan gembira. Saya boleh sampai ke tahap ini kerana pelanggan saya. 

“Saya akan berusia 109 tahun tidak lama lagi, namun saya akan teruskan perniagaan sehingga mencapai 110 tahun,” tambahnya. 

Hakioshi dilahirkan di Nakagawa pada 10 November 1916 sebelum berpindah ke Tokyo. 

Dia nekad menjadi tukang gunting rambut ketika berumur 14 tahun dan memperoleh lesen pada usia 20 tahun sebelum membuka salon bersama suaminya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI