PETALING JAYA – “Tip nak ‘stay’ (bertahan) lama di sesebuah company (syarikat). Hari-hari sebut, ‘aku nak resign (letak jawatan), aku nak resign’.”
Itu kenyataan ringkas seorang individu bagi ‘memastikan’ diri bertahan atau kekal lama berkhidmat dalam sesebuah syarikat.
Walaupun ringkas, namun hantarannya menerusi media sosial itu mengundang ribuan tanda suka dan perkongsian semula netizen.
Rata-rata mereka bersetuju dan meluahkan situasi sama yang sedang dihadapi, namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.
“Hari-hari cakap sampai dah tak lalu nak cakap lagi sebab sedar-sedar dah nak masuk 23 tahun kerja tempat sama sejak tamat diploma,” kata @ARMYmom.
“Ada kawan berapa kali dah lepak dengan dia, hari-hari lah meratib nak ‘resign’, sekarang dah 13 tahun dia kerja syarikat tu lagi,” kongsi @kucing hitam.
“Saya hari Jumaat cakap nak ‘resign’, Isnin depannya dah bagi bos surat ‘resign’. Ketahui ‘nilai’ anda kawan-kawan,” pesan netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE