KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas Kapal Diraja (KD) Terengganu dan KD Pahang hari ini.
Ketibaan baginda yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Dr. Zulhelmy Ithnain di Pangkalan TLDM Pulau Indah di sini kira-kira pukul 6.40 petang.
Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada warga asnaf dan mualaf serta menyaksikan upacara ‘Sunset Ceremony’ di atas KD Terengganu sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih bersama kira-kira 300 warga TLDM.
Keberangkatan Sultan Sharafuddin menyemarakkan semangat anggota TLDM untuk terus komited menjalankan tugas dan amanah melindungi kedaulatan maritim sekaligus menjaga keamanan negara. – KOSMO! ONLINE