fbpx

‘Raja 1,500m’ Eropah tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INGEBRIGTSEN mendahului kumpulan pelari untuk memenangi pingat emas 1,500m hari ini. - AFP

APELDOORN – Pelari jarak jauh Norway, Jakob Ingebrigtsen terus mengukuhkan statusnya sebagai raja 1,500 meter (m) apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Eropah 2025 di Apeldoorn, Belanda hari ini.

Ingebrigtsen yang juga juara Eropah tiga kali bagi kategori outdoor dan pemenang pingat emas 5,000m Sukan Olimpik Paris 2024 meningkatkan lariannya untuk memisahkan diri daripada kelompok pesaingnya.

Strategi tersebut terbukti apabila pencabarnya dari Jerman, Robert Farken terjatuh ketika cuba bersaing merebut posisi hadapan sekali gus membuka ruang buat pelari berusia 24 tahun itu muncul juara dengan catatan tiga minit 36.56 saat (s).

Kemenangan tersebut membolehkannya meraih pingat emas ke-22 di pentas Eropah termasuk kategori dalam dewan, outdoor dan merentas desa.

“Dalam perlumbaan, anda bukan sahaja harus bersedia dengan baik, tetapi juga perlu bijak membaca situasi. Saya memilih untuk kekal santai pada separuh pertama dan memecut apabila rentak perlumbaan mula perlahan,” katanya.

Tempat kedua menjadi milik Azeddine Habz dari Perancis, manakala atlet Portugal, Isaac Nader meraih gangsa.

Dalam acara 1,500m wanita, pelari Britain, Georgia Hunter Bell yang hadir sebagai pilihan utama dikejutkan selepas tewas kepada atlet Perancis, Agathe Guillemot yang meningkatkan pecutan menakjubkan pada 100m terakhir untuk menang dengan masa 4:07.23s.

“Sungguh luar biasa kerana saya sudah dapat meraikan kemenangan ketika 100m terakhir,” kata Guillemot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI