fbpx

PRK DUN Ayer Kuning: BN Perak akan jumpa Ahmad Zahid Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad, bergambar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak 2025 di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. -Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak akan bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Rabu ini bagi mengemukakan dapatan kajian lapangan yang dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata, dapatan dijalankan oleh beberapa organisasi itu akan diteliti bersama Presiden UMNO dan kepimpinan parti sebelum sebarang keputusan dibuat bagi memuktamadkan calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.

Katanya, setakat ini, enam pemimpin UMNO Tapah masih kekal dalam senarai untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya berkenaan.

“Daripada lapan calon, hanya dua orang yang tarik diri. Enam calon lagi masih ada dan kita pun belum buat keputusan. Ada beberapa organisasi sedang membuat kajian lapangan di sana (Ayer Kuning) untuk kita lihat antara enam calon ini siapa yang terbaik.

“Saya telah berjumpa pengerusi pada Khamis lalu, insya-Allah Rabu ini selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (di Kuala Lumpur), saya akan berjumpa beliau untuk membentangkan dapatan kajian lapangan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI