fbpx

Polis serbu kilang, jumpa kelongsong, anak peluru dan komponen kapal terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusof (kanan) menunjukkan barangan rampasan pada sidang media di lokasi rampasan di Jalan Lombong, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Sejumlah barangan ‘e-waste’ termasuk kelongsong peluru, anak peluru dan komponen kapal terbang bernilai RM23.8 juta dirampas dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Lombong di sini pada pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga China dan pasangan warga Myanmar berusia 20 hingga 50-an semasa serbuan Op Lusuh itu dilakukan bagi membantu siasatan.

“Polis merampas sebanyak 75 guni kompenan elektronik seberat 46,214 kilogram (kg), sembilan guni aluminum dan plastik (514kg), 66 mampat kompenan elektronik (103,983kg), 18 mampat wayar elektrik (22,791kg), 166 guni tembaga (369,954kg), 62 tong mengandungi metal scrap (29,085kg) dan 43 gelung besi.

“Turut dirampas 10 tong mengandungi bebola timah dan serbuk besi, tujuh tong kelongsong peluru, satu tong berisi anak peluru, tiga buah forklift, sebuah kenderaan jenis Proton X50, dua kunci mangga dan tiga buan telefon bimbit pelbagai jenama.

“Barang buangan berbahaya yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di lokasi rampasan di sini hari ini.

Yusof berkata, kesemua suspek yang diberkas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia. Mereka ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini.

Kata beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 dan Seksyen 34b Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Muhamad Syahrizat Alwee memberitahu, kilang haram tersebut yang sebelum ini beroperasi sebagai kilang elektronik akan disita kerana menjalankan kegiatan secara haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI