fbpx

PGA Sarawak rampas lebih 27 tan produk makanan sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai jenis produk makanan sejuk beku ditemukan di sebuah premis di Bintulu, yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan produk makanan sejuk beku tanpa permit yang sah.

BINTULU – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sebanyak 27,131.80 kilogram (kg) produk makanan sejuk beku dari sebuah premis dipercayai dijadikan tempat penyimpnanan tanpa permit yang sah.

Komander PGA Briged Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dr. Che Ghazali Che Awang berkata, rampasan dilakukan dalam serbuan Op Taring Chiller yang dijalankan anggota Cawangan Risik Batalion 12 PGA, Miri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak cawangan Bintulu pada pukul 10 pagi semalam.

“Turut dirampas dua buah kontena dan tujuh buah kenderaan pelbagai jenis. Anggaran nilai keseluruhan rampasan RM2,326,524 (mengikut harga pasaran),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan serbuan turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak cawangan Bintulu untuk tindakan dan siasatan di bawah Seksyen 9(1)(3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI