fbpx

Pesara tentera maut, anak kritikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta yang remuk dan motosikal mangsa yang tersadai pada tiang elektrik di Jalan Dato Kayaman, Beseri petang semalam.

PADANG BESAR – Seorang pesara tentera maut selepas motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Dato Kayaman, Beseri di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 7.45 malam itu melibatkan kereta jenis Honda Civic dan motosikal Honda Wave.

“Mangsa berusia 49 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah, manakala anaknya berusia 16 tahun yang membonceng motosikal mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, pemandu Honda Civic berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pencuci kereta turut cedera parah dan menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dipandu laju dari arah Jalan Dato Kayaman–Jejawi sebelum hilang kawalan dan merempuh motosikal mangsa dari belakang.

“Hentaman kuat menyebabkan motosikal itu terbabas sebelum melanggar tiang lampu jalan, manakala kereta tersebut pula terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh tembok longkang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI