fbpx

Perdana Menteri ucap selamat Hari Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar lama yang dikongsikan Anwar di Facebook memaparkan beliau bersama isteri, Dr. Wan Azizah dan ibunya, Allahyarham Che Yan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita.

Beliau berkata, hari ini negara meraikan keberanian, pengorbanan, serta peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.

Selain itu, Anwar turut menyatakan dua wanita terpenting dalam hidupnya iaitu ibu beliau, Allahyarham Che Yan Hamid Hussein dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Mereka adalah tulang belakang saya, sumber kekuatan dalam menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan demi rakyat.

“Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI