fbpx

Peniaga perabot terpakai rugi RM800,000 gudang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gudang perabot Osama SP di Jalan Sungai Jagung, Lencongan Barat yang musnah dalam kebakaran petang semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga perabot terpakai mendakwa mengalami kerugian lebih RM800,000 selepas gudang miliknya di Jalan Sungai Jagung, Lencongan Barat yang mengandungi pelbagai jenis perabot terpakai musnah dalam kebakaran petang semalam.

Lebih malang dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu turut menyebabkan perabot yang baharu sahaja sampai daripada Singapura dan dalam proses dibaik pulih yang diletakkan di bahagian stor gudang itu turut hangus terbakar.

Menurut Mohd. Ashri Mohd. Halim,55,dia menerima panggilan telefon daripada seorang pekerjanya yang menjaga gudang diberi nama ‘Osama SP’ itu yang juga menjadi pusat jualan lebih kurang pukul 5.45 petang semalam.

“Kami bercuti pada hari kejadian dan ketika itu penjaga gudang sedang berada di dalam biliknya sebelum dia dimaklumkan oleh pekerja sebuah kedai makan bersebelahan kami yang melihat api sedang membakar bahagian tepi sebelah kiri gudang.

“Penjaga terbabit berlari keluar sebelum memberitahu saya yang ada kebakaran dan berusaha memadamnya serta meminta saya segera menelefon bomba meminta bantuan,” katanya.

Menurut Mohd. Asri lagi dia kemudian bergegas ke gudang yang terletak lebih kurang dua kilometer dari rumahnya dan ketika sampai dia melihat api telah marak membakar sebahagian daripada gudang miliknya.

” Semua perabot merangkumi katil kayu,almari,tilam,kerusi dan meja terpakai serta tilam hangus terbakar bersama dokumen penting perniagaan yang diusahakan lebih 14 tahun itu. Bagaimana pun saya bersyukur kerana penjaga gudang berkenaan sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Ismial Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 5.45 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama 12 anggota dan sebuah jentera. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI