fbpx

Misteri kematian aktor terkenal terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Gene Hackman bersama Betsy Arakawa. - Foto Getty Images

WASHINGTON  – Aktor Hollywood, Gene Hackman meninggal dunia akibat penyakit Alzheimer dan kardiovaskular selepas hidup selama seminggu bersama mayat isterinya, Betsy Arakawa di rumah mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut keputusan forensik, kematian Betsy, 65, didapati berpunca daripada penyakit bawaan tikus yang jarang berlaku. 

Keputusan bedah siasat mendedahkan wanita itu mati akibat Sindrom Pulmonari Hantavirus pada 11 Februari lalu. 

Hackman, 95, meninggal tujuh hari kemudian, sekitar 18 Februari lalu sebelum mayat pasangan itu ditemui di bilik berasingan di rumah agam mereka yang bernilai AS$3.8 juta (RM17 juta) di Santa Fe pada 26 Februari lalu.

Anjing mereka, Zinna yang ditemui mati berhampiran Betsy telah diambil dari sebuah hospital veterinar pada 9 Februari lalu selepas menjalani rawatan.  

Ketua Penyiasat Perubatan negeri New Mexico, Dr. Heather Jarrell berkata, pasangan suami isteri itu mati secara semula jadi dan tiada tanda trauma dalaman atau luaran ditemui.

Ketika disoal wartawan, Jarrell juga berkata, Hackman menghidap Alzheimer yang teruk dan mungkin tidak sedar isterinya sudah meninggal dunia.

Sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memberitahu DailyMail.com bahawa rumah utama pasangan itu tidak menunjukkan sebarang tanda aktiviti tikus.

Namun, beberapa bangunan di luar kediaman tersebut termasuk garaj mempunyai najis tikus dan bukti lain tentang aktiviti haiwan itu.

Hackman ialah pelakon berkualiti dan membawa pelbagai watak  seperti penjahat, wira dan antihero. Dia membintangi berpuluh-puluh drama, komedi serta filem aksi dari tahun 1960-an hingga persaraannya pada awal 2000-an. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI