fbpx

Ketipak Ketipung versi anak Achey, lirik ‘tersasar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Tiara menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya menggeletek hati.

TAHUN lalu, lagu Ketipak Ketipung Raya nyanyian Aisha Retno dan Aziz Harun mendunia sehingga menjadi antara lagu raya paling viral.

Bukan sahaja golongan dewasa, lagu tersebut turut menjadi kegemaran kanak-kanak termasuk anak pelawak Achey iaitu Tiara.

Lucunya, Tiara baru-baru ini menyanyikan lagu tersebut, namun beberapa lirik ditukar dengan versinya sendiri.

Perkara tersebut mendapat perhatian Aisha dan Aziz sehingga menyanyikan semula lagu tersebut mengikut lirik ciptaan Tiara.

Rata-rata netizen berseloroh lirik ciptaan Tiara membuatkan mereka terlupa dengan lagu asal.

“Sedap pula lirik Tiara walaupun ada bahagian tidak masuk akal, sampai lupa lagu asal.

“Macam mana Aisha dan Aziz nak bahagia royalti lagu ini nanti, lucu!” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN