fbpx

Guru kantoi tonton video lucah semasa mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan guru itu menonton video lucah ketika mengajar mata pelajaran Fizik di dalam kelas. - East2West

MOSCOW – Seorang guru sekolah di Russia menerima kecaman selepas ‘ditangkap’ menonton video lucah ketika mengajar mata pelajaran Fizik di dalam kelas, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian dirakam di sebuah pekan kecil bernamaTashkinovo, dekat bandar Neftekamsk. 

Rakaman yang tular di media sosial memaparkan guru lelaki itu menonton video lucah ketika komputer ribanya disambungkan kepada projektor tanpa dia sedari. 

Bahkan, dia juga sempat tersenyum ketika menonton kandungan dewasa itu. 

Pengetua sekolah berkenaan, Rudania Burkhanova berkata, beliau telah berbincang bersama pelajar dan ibu bapa berhubung isu tersebut.

“Siasatan sedang giat dijalankan. Hukuman akan dilaksanakan selepas kami mengetahui kejadian sebenar,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI