fbpx

Cukuplah, jangan simbah minyak ke api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMPAK video viral dan tuduhan mempersenda ritual agama Hindu, Azad, Nabil dan Radin kini direhatkan sementara daripada bersiaran menerusi Era FM.

KONTROVERSI keterlanjuran tiga penyampai Era FM didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu menerusi laman sosial merupakan isu nasional yang masih hangat menjadi polemik.

Kendati video menunjukkan seorang antara mereka mengajuk cara membawa kavadi ketika Thaipusam disambut tawa rakan lain sudah dipadam, hakikatnya ‘luka’ ditinggalkan masih berdarah.

Apatah lagi paparan berdurasi beberapa saat itu sudah ditularkan dan terus kekal di medium maya untuk dilihat semula dengan hanya sekali klik.

Nasi sudah menjadi bubur, tetapi tiga individu terbabit iaitu Azad Jasmin, Nabil Ahmad serta Radin yang kini digantung tugas pun sudah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bahkan, Azad atau nama sebenarnya Azad @ Jazmin John Louis Jefri, 49, secara peribadi menerusi Instagramnya sekali lagi meminta kemaafan kepada semua.

AZAZ kini banyak berdiam akibat keterlanjuran tyangh berlaku namun sikap rendah hatinya dipuji banyak pihak.

Berdarah India

Pelawak dan pelakon berdarah India di sebelah bapanya mengakui kesilapan tersebut turut memberi impak terhadap ahli keluarganya sendiri.

“Ya salah tetap salah, jadi saya nak minta maaf kepada semua peminat dan mereka yang berbangsa India, Berharap kawan-kawan serta keluarga saya yang berbangsa India sudi memaafkan kami.

“Saya sendiri mempunyai darah keturunan India di mana arwah bapa saya berbangsa India yang memeluk agama Islam,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Sebelum itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan kakitangan stesen radio milik Astro itu.

“Kami menerima aduan pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial,” katanya.
Difahamkan selepas ke pejabat MCMC pada hari permohonan maaf dibuat, mereka ‘turun’ ke Batu Caves bagi berjumpa pihak pengelola rumah ibadah di tempat tersebut.

AZAD Jasmin, Nabil Ahmad serta Radin sudah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ke Batu Caves

Pada Rabu lalu, video permohonan maaf daripada penyampai 3 Pagi Era itu tular selepas insiden mempersenda tarian kavadi Hindu ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan mencetuskan kontroversi.

Pada sebelah pagi, ketiga-tiga mereka bersama tiga lagi kakitangan Astro Audio selesai memberi keterangan kepada polis selepas lebih dua jam berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan keenam-enam individu terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 11 pagi.

“Sebanyak 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berkaitan isu terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Diharapkan, ini menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia agar menjaga lisan atau jangan menjadikan kaum dan agama sebagai ‘modal’ jenaka.

Begitupun, kekhilafan mereka bukan lesen orang lain menyimbah minyak ke api, selain bertelagah sesama sendiri dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI