fbpx

‘Atok’ ada 14 rekod jenayah mati terkena peluru berbalas tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN darah masih kelihatan dalam kejadian tembakan di Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek, Johor Bahru, awal pagi tadi. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas terbunuh selepas terkena peluru dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Persiaran Bumi Hijau, Taman Molek di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, lelaki yang maut dalam kejadian pukul 3.10 pagi itu dikenal pasti warga tempatan berusia 63 tahun.

Katanya, sebelum kejadian, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor melakukan rondaan dan mengesan sebuah motosikal Honda Vario ditunggang suspek dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

“Anggota polis yang mengekori dan menahan motosikal itu keluar dari kenderaan untuk melakukan pemeriksaan. Secara tiba-tiba penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota.

“Pasukan operasi membalas tembakan bagi mempertahankan diri. Pemeriksaan  mendapati suspek berusia 63 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar memberitahu, pihaknya menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson berserta empat butir peluru hidup selain dua kelongsong peluru.

Tambahnya, semakan mendapati suspek memiliki 14 rekod jenayah dan dadah selain turut dikehendaki polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI