PETALING JAYA – Tamat sudah penantian, pelakon Datin Atikah Suhaime selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, petang tadi.
Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 5.17 petang.
Teruja bergelar ibu, pemilik nama lengkap Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, tidak menyangka sudah memiliki cahaya mata.
“Alhamdulillah. Anak mummy yang cantik.
Rasa sangat teruja dan tak sangka saya dah ada bayi.
“Lega sangat sebab rasanya macam dah lama hamil,” katanya dalam Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pelakon asal Singapura itu turut memberitahu nama anaknya iaitu Lyla Mulan Teh.
Dia juga turut memuat naik video momen pertama kali melihat puterinya usai bersalin.
Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, Atikah mengumumkan kehamilannya selepas video mukbang yang memaparkan dirinya kelihatan lebih berisi mendapat perhatian ramai. – KOSMO! ONLINE