fbpx

90,000 solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 90,000 penduduk Palestin solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis semalam. - Foto AFP

BAITULMAQDIS – Kira-kira 90,000 penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Jumlah jemaah yang besar mengerjakan solat tersebut walaupun terdapat sekatan keselamatan oleh Israel yang menduduki Baitulmaqdis Timur.

“Kira-kira 90,000 jemaah mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa,” kata Ketua pengarah Wakaf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam al-Khatib kepada Anadolu.

Sebelum ini, anggota-anggota polis Israel dikerahkan di sekitar masjid dan di seluruh Kota Lama Baitulmaqdis untuk menyekat kemasukan penduduk Palestin.

Pada Khamis lalu, polis Israel mengumumkan bahawa 3,000 anggotanya akan ditempatkan di seluruh Baitulmaqdis Timur.

Pihak berkuasa Israel juga melaksanakan sekatan ketat terhadap penduduk Palestin dari yang cuba memasuki Baitulmaqdis.

Beberapa saksi memberitahu Anadolu bahawa tentera Israel menghalang puluhan ribu rakyat Palestin daripada menyeberangi pusat pemeriksaan tentera di sekeliling Baitulmaqdis sebelum sampai ke Masjid Al-Aqsa.

Pada Khamis lalu, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa hanya lelaki berumur lebih 55 tahun, wanita berusia lebih 50 tahun dan kanak-kanak di bawah 12 tahun akan dibenarkan masuk ke masjid itu. 

Semasa khutbah, Khatib Masjid Al-Aqsa, Muhammad Salim Muhammad Ali  memuji jemaah kerana kesungguhan mereka untuk sampai ke masjid itu walaupun terdapat sekatan Israel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI