PETALING JAYA – Peguam, Tun Laila Tun Rafaee menafikan dakwaan beliau dibayar bagi memberi penjelasan berhubung isu membabitkan penyampai radio Era FM baru-baru ini.
Menerusi video di TikTok, Tun Laila memberitahu, beliau terkilan dengan komen negatif yang diterimanya seolah-olah dia ‘dibeli’ untuk kontennya.
“Ini dah jatuh fitnah kau tahu tak? Aku punya kerja bukannya untuk ulas isu itu dan tidak pernah dibayar untuk itu.
“Aku takkan mampu untuk ulas semua yang ada di media sosial, aku cuma boleh pilih kes yang aku rasa menarik dan boleh mendidik masyarakat.
“Kalau kes undang-undang aku kena tunggu alasan penghakiman dulu, aku tak (tidak) boleh ikut sedap tekak,” katanya.
Menurutnya, setiap satu hujahan memerlukan pembacaan, masa dan penyelidikan yang banyak.
Bagaimanapun, Tun Laila berkata, dia tidak akan mengenakan apa-apa tindakan kepada pemilik akaun tersebut.
Tinjauan Kosmo di ruangan komen mendapati rata-rata ramai yang bersetuju dengan tindakan Tun Laila untuk bersuara dalam hal ini.
“Tidak perlu pun untuk Tun Laila ulas semua isu ini, semua akan berbalik kepada ‘common sense’ di mana kita boleh tahu mana betul mana salah, respect her (hormat dia),” kata @Saahaaxr.
“Tun Laila ini kerja hakiki dia, peguam. Jadi dia muncul dekat media sosial ini. Macam yang dia cakap, mana dia rasa isu yang boleh mendidik netizen dan ada masa dia akan buat, dia komen, simple (mudah),” ujar @NizamHaron. – KOSMO! ONLINE
@yarafaeebiar ajaran Islam selari dengan perbuatan la ye.