fbpx

[VIDEO] Rider ‘terkedu’ koridor flat disekat gril penghuni selera T20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan seorang penghantar makanan memaparkan laluan di koridor flat di tingkat lima disekat salah seorang penghuni dengan gril.

PETALING JAYA – “Masa naik tangga tak perasan nombor rumah sebab tengah telefon. Bila sampai tingkat lima, terkejut ada ‘roadblock’ (sekatan jalan raya).”

Itu perkongsian seorang penghantar makanan yang ‘terkedu’ apabila laluan di tingkat lima sebuah flat dipercayai di Wangsa Maju, disekat dengan gril salah seorang penghuni di situ.

Menggunakan nama @Bangja di media sosial, pemuda itu berkata, dia terpaksa turun semula ke tingkat empat dan menggunakan laluan yang lain.

“Ujian di bulan puasa. Nasib baik boleh turun tingkat empat dan pusing,” katanya pada kapsyen video yang berdurasi 28 saat.

Hantarannya itu mengundang rasa tidak puas hati orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan penghuni terbabit selain menggesa pihak berkuasa bertindak segera.

“Jujur nak tanya, macam mana dia tak rasa bersalah pasang pagar tengah-tengah tu? Kalau saya lah, anxiety (kebimbangan) kalau buat orang sekeliling tak selesa,” komen @LinAdrieanna.

“Ada tangga lain ke atau memang kalau orang masuk rumah dah tak keluar-keluar dah?,” soal @HusnAzree.

“Pakat-pakat tularkan. Bahaya kalau jadi kebakaran atau kecemasan,” ujar @sabertooth.

“Buat laporan ja,” gesa netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@tazarahman47ujian di bulan puasa..seb baik boleh turun tgkat 4 pusing..haih 😅

♬ original sound – Bang Ja

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI