PETALING JAYA – Seorang wanita ‘terbantut’ selera apabila lauk ikan yang dimakannya turut disertakan dengan ‘pakej’ ulat berenga, sewaktu dia menikmati makanan itu ketika berbuka puasa.
Video ikan yang mengandungi ulat berenga itu dikongsikan wanita tersebut menerusi TikTok aciykinn semalam.
“Korang nilai lah sendiri. Berbuka puasa ‘gone wrong’,” katanya pada kapsyen video.
Menjawab pertanyaan pengguna TikTok, wanita itu memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia makan di sebuah restoran di Teluk Intan, Perak.
Katanya, dia mahu memaklumkan kepada pemilik kedai tersebut, namun ibu bapanya melarang berbuat demikian.
“Nak tunjuk (tauke kedai), tapi mak pak tak bagi. Depa tak nak bising-bising kat situ, tapi kita tak puas hati. Jadi kita ‘up’ (dalam TikTok).
“Kita baru pertama kali makan dah trauma, memang ‘last’ masuk situ,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@aciykinn korang nilai laa sdiri 🫢🤢 brbuka puasa gone wrong 🫠 saddam 0/10 🤮#saddamtelukintan #telukintanperak ♬ KENA BUAT KONTEN – CIKPAH tudung penyet