fbpx

Trebel bersejarah buat Blue Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGEMPUR skuad kebangsaan, Hanis Nadiah Onn (dua dari kanan) antara tunjang utama kejayaan Blue Warriors menjuarai gelaran trebel musim ini. - MHC

PETALING JAYA – Penantian lama skuad hoki wanita Blue Warriors untuk meraih gelaran trebel buat kali pertama dalam sejarah penganjuran mereka di pentas Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini tidak hadir dengan mudah.

Selepas berulang kali sering bergelar naib juara ataupun finalis, kini Blue Warriors layak dianggap sebagai gergasi hoki tanah air selepas menyapu tiga gelaran iaitu MHL, Piala Sumbangsih dan Piala Vivian May Soars.

Pengerusi ENS Group of Companies, Datuk Seri Selvakumar Shanmugam Chetty yang merupakan rakan sukan kepada Blue Wariors berbangga dengan pencapaian ditunjukkan skuad bimbingan Megat Azrafiq Megat Termizi itu.

SELVAKUMAR

“Treble pertama dalam sejarah Blue Warriors adalah detik yang membanggakan bagi semua yang terbabit. Ia bukan sekadar mengenai kemenangan tetapi perjalanan dilalui pasukan ini, peningkatan serta impak diberikan.

“Apabila kami menyokong pasukan seperti Blue Warriors, kami bukan sekadar menyokong barisan pemain, tetapi membina budaya kecemerlangan,” katanya.

Selvakumar berkata, kejayaan Blue Warrios adalah permulaan dan beliau akan terus membantu serta memberi sokongan yang termampu dalam dunia sukan.

“Matlamat saya bukan hanya untuk menyokong pasukan ketika menang. Saya ingin mewujudkan suasana di mana golongan muda mempunyai akses kepada sukan dari peringkat akar umbi.

BLUE WARRIOS mencipta sejarah baharu dengan menjuarai gelaran treble MHL musim ini. – MHC

“Sama ada ia pasukan hoki tempatan atau pemain bola sepak remaja di pekan kecil, saya mahu memastikan mereka mempunyai platform, sumber dan sokongan yang diperlukan untuk berjaya. Sukan boleh mengubah kehidupan, dan saya ingin menjadi sebahagian daripada perubahan itu,” katanya.

Tambahnya, sukan bukan sekadar soal persaingan, tetapi ia menawarkan pilihan untuk barisan pemain mengelakkan pengaruh negatif seperti terbabit dengan jenayah serta meningkatkan potensi diri.

“Sukan mempunyai aura untuk memastikan belia kita terbabit dalam aktiviti yang bermanfaat. Dengan memberi peluang kepada mereka untuk beraksi, kita bukan sahaja meningkatkan kesihatan fizikal mereka, tetapi juga membantu membentuk disiplin tinggi serta kerja berpasukan.

“Sukan benar-benar boleh menjadi satu cara untuk mencegah jenayah dan masalah sosial lain, dan itulah sebabnya saya sangat berminat dengan dunia sukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI