fbpx

Tiada aduan kenaikan harga melampau di Bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (enam dari kiri) ketika melawat Bazar Ramadan Rahmah di Jalan Mahkamah di Bayan Lepas, petang tadi.

GEORGE TOWN – Pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati tiada aduan berkaitan kenaikan harga yang melampau setakat minggu pertama Ramadan.

Timbalan Menterinya, Dr. Fuziah Salleh berkata, pemeriksaan dan pemantauan harga telah dijalankan di bazar-bazar Ramadan, pasar awam, pasar raya serta kedai runcit dan pihaknya mendapati tiada kenaikan harga yang tidak munasabah oleh para peniaga.

“Setakat ini, terdapat 307 aduan yang diterima, termasuk laporan di media namun apabila pegawai kita lakukan pemeriksaan tiada yang melibatkan kenaikan harga barangan yang melampau.

“Kebanyakan aduan adalah berkaitan dengan kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga serta berkaitan alat timbang dan sukat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Fuziah meninjau Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Zon Utara Tahun 2025 di Bazar Ramadan Rahmah Jalan Mahkamah di Bayan Lepas.

Fuziah turut melancarkan inisiatif Payung Rahmah di Pulau Pinang, yang menawarkan menu Rahmah pada harga hanya RM5 bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Daripada keseluruhan 95 bazar Ramadan yang terlibat dalam inisiatif ini, 10 daripadanya berada di Pulau Pinang.

Menurut Fuziah, para pengguna disarankan untuk menjadi rakan strategik KPDN dengan menyalurkan aduan melalui perkhidmatan Aduan Suri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI