fbpx

TFC enggan terkeluar empat teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG TFC, Akhyar Rashid (tengah) menjadi sandaran untuk mengucar-kacirkan benteng Sabah menjelang aksi malam ini. - PUQTRA HAIRRY

Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI

TERENGGANU FC (TFC) turun dengan misi wajib menang berdepan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali berkata, anak buahnya menyedari cabaran getir dalam usaha merapatkan jurang dengan skuad The Rhinos yang kini menghuni tangga ketiga dengan perbezaan empat mata.

“Sekiranya keputusan tidak memberansangkan, sukar untuk kami mengejar Sabah dan lebih menakutkan mungkin terlepas posisi kelompok empat terbaik (dalam liga),” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu, Badrul mengakui kemenangan besar 5-1 ke atas Sri Pahang FC minggu lalu menjadi tonik terbaik buat skuad kendaliannya untuk terus cemerlang menjinakkan Sabah.

Begitupun, Badrul menggesa anak buahnya agar tetap berwaspada dengan pihak lawan biarpun amat mendahagakan kemenangan.

“Kita tahu kekuatan Sabah, mereka mempunyai pemain berpengalaman dan import berkualiti seperti Saddil Ramdani dan Darren Lok di bahagian serangan.

“Pemain saya perlu lebih fokus, jangan mengambil mudah dan paling utama perlu sabar untuk mendapatkan tiga mata yang kita semua (TFC) inginkan,” tambahnya.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan terikat 1-1 sewaktu aksi pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada September tahun lalu.

Sabah kini menghuni tangga ketiga dengan 35 mata, manakala TFC mengumpul 31 mata selain Kuching City FC mengejar rapat di kedudukan kelima menerusi 30 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI