fbpx

Siapa tarawih dapat RM6, subuh RM3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beribu-ribu jemaah menunaikan solat tarawih di dalam dan sekitar masjid. - TikTok

JAKARTA – Sebuah masjid di Malang, wilayah Jawa Timur diserbu beribu-ribu jemaah untuk menunaikan solat tarawih dan subuh bagi mendapatkan hadiah berupa wang tunai, lapor portal berita Jatin Times semalam. 

Pemberian sumbangan itu berlaku di Masjid Jami Al-Ilyas beberapa hari lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mey.aduell memaparkan ribuan jemaah menunaikan solat tarawih di dalam dan sekitar kawasan masjid. 

Lebih menarik, terdapat jemaah lain yang sanggup membentangkan sejadah untuk solat di tepi jalan. 

Menurut perakam, jemaah tarawih akan menerima wang tunai sebanyak 20,000 rupiah (RM6), manakala 10,000 rupiah (RM3) untuk solat subuh. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 116,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Niat solat kerana Allah, bukan kerana wang,” kata seorang netizen. 

“Seeloknya bersangka baik, tiada siapa tahu keikhlasan kita dalam beribadah melainkan Tuhan,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI