NEW DELHI – Sebuah restoran di Bengaluru Selatan menjadi bahan perbualan di internet kerana mengadakan permintaan luar biasa kepada pengunjungnya, lapor portal berita The Indian Express semalam.
Pemberitahuan yang dipamerkan di dalam restoran itu meminta pelanggan mengelak membincangkan isu politik ketika menjamu selera.
Seorang pengguna di platfrom X berkongsi gambar pemberitahuan itu.
Ramai netizen di platform X berkata, pemberitahuan itu agak biasa untuk restoran di Bengaluru.
Bagaimanapun, tidak semua netizen bersetuju dengan peraturan itu.
Seorang netizen menulis: “Pelik, kenapakah dia (pekerja restoran) perlu mengawasi apa yang pelanggan bercakap? Mereka membayar makanan yang mereka makan, bukan?” – AGENSI