JAKARTA – Perbuatan sekumpulan remaja di Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan yang melakukan aktiviti tinju di dalam masjid demi kandungan laman sosial menerima kecaman orang ramai, lapor portal berita Detik News semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 pagi (waktu tempatan) di Masjid Al-Mukminin Pajalele pada 3 Mac lalu.
Rakaman yang tular di media sosial memaparkan dua remaja bertinju dan tidak memakai baju serta berseluar pendek.
Seorang lagi remaja dilihat bermain gitar di atas kerusi. Semua aksi tersebut dilakukan di dalam masjid.
Ketua Polis Lembang, Iptu Ridwan Mustari berkata, pihaknya berjaya menahan enam remaja terbabit.
“Mereka berbuat demikian demi kandungan di laman sosial sambil menunggu waktu sahur,” kaya Ridwan. – AGENSI