fbpx

Pusat Masakan Kemas mohon sijil pengesahan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hanafiah (tiga dari kiri) membantu penduduk kampung memasak gulai daging sebagai hidangan berbuka puasa pada program Desa Cergas di Kampung Pulau Manis, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar sekurang-kurangnya sebuah pusat masakan kendalian agensi itu di setiap negeri akan memiliki sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, pendekatan tersebut bertujuan membantu memberi nilai tambah terhadap peserta yang mengeluarkan produk makanan di pusat masakan terbabit.

“Pusat Masakan Kemas merupakan fasiliti yang digunakan peserta dalam kalangan masyarakat luar bandar untuk mengeluarkan produk makanan.

“Sebagai individu, mungkin mereka payah tetapi sekiranya pusat masakan kita yang memperolehi sijil pengesahan tersebut, produk dikeluarkan boleh mendapat status halal,” katanya ketika ditemui pada program Desa Cerdas di Kampung Pulau Manis di sini malam tadi.

Mohd. Hanafiah berkata, usaha bagi permohonan sijil pengesahan halal terbabit sedang giat dilakukan oleh Kemas.

Beliau berkata, penerimaan sijil pengesahan halal berkenaan bakal membuka lebih peluang pasaran terhadap produk makanan dihasilkan pelatih Kemas termasuk ke peringkat antarabangsa.

“Pusat Masakan Kemas juga aktif menganjurkan bengkel-bengkel masakan melatih masyarakat luar bandar.

“Kursus dianjurkan diiktiraf sehingga mencapai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga (setara Diploma),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI