fbpx

Prestasi Liverpool bawah paras sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLIOTT (kanan) muncul wira apabila meledak gol kemenangan menewaskan PSG pada lewat permainan. - AFP

PARIS – Pengurus Liverpool, Arne Slot menganggap pasukannya bernasib baik untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Parc des Princes awal pagi semalam.

Sepanjang perlawanan, tuan rumah nyata menjadi pasukan yang lebih baik, malah jaringan PSG menerusi Khvicha Kvaratskhelia dibatalkan selepasa dikesan dalam kedudukan ofsaid.

“Jika kami lihat kepada undian, nyata kami bernasib baik dan saya percaya semua orang sedia maklum PSG adalah pasukan yang lebih baik pada perlawanan kali ini.

“Terutamanya di babak pertama, mereka memiliki banyak peluang, saya fikir tiga atau empat peluang terbaik. Di babak kedua, mereka masih mampu bermain baik.

“Saya dapat lihat betapa bagusnya kualiti mereka secara berpasukan, namun pada akhirnya kami terpaksa menanti sehingga hujung permainan untuk menghukum pasukan lawan,” kata Slot.

Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh pemain gantian, Harvey Elliott yang tidak menunggu lama untuk menghasilkan impak besar selepas dia hanya memerlukan sentuhan pertama bagi meledak gol kemenangan The Reds.

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker juga wajar diberikan pujian tinggi kerana menjadi pemain paling cemerlang sepanjang aksi itu sehinggakan Slot menganggap ia sebagai detik terbaik buat pasukannya.

“Bukan kerana PSG adalah pasukan yang berkualiti kerana kami bermain di bawah paras par. Semua percubaan lawan berjaya dinafikan oleh Alisson yang sentiasa tampil dengan aksi menyelamat terbaik,” tambah Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI