fbpx

Pihak hina Islam disiasat ikut saluran undang-undang sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im.

PUTRAJAYA – Mana-mana pihak yang menghina Islam akan dipanggil dan disiasat mengikut saluran undang-undang yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

Penegasan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang menyifatkan proses siasatan dan pendakwaan kes penghinaan Islam sebelum ini menunjukkan bahawa kepentingan awam diambil kira bagi menjaga keharmonian bernegara.

“Perbuatan segelintir pihak yang tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini hingga mencetuskan kegelisahan awam adalah amat dikesali.

“Semua pihak adalah diseru untuk menghormati undang-undang serta proses siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa demi kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa konsisten memelihara kesucian agama Islam serta menjaga keharmonian dalam konteks kemajmukan masyarakat selaras Perlembagaan Persekutuan.

“Agensi juga menyokong penuh penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan menghina agama tanpa pilih kasih.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI