BANGKOK – Seorang pesakit lelaki menumbuk muka jururawat wanita di Hospital Nam Som di Udon Thani, Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Rakaman video kejadian dikongsi oleh Leftenan Kolonel Dr Thanakrit Chit-arirat yang merupakan Pembantu Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri.
“Sekali lagi, kakitangan hospital diserang secara fizikal,” kata Thanakrit.
Kejadian bermula apabila jururawat itu memanggil nama seorang pesakit lelaki untuk menerima nombor giliran.
Lelaki itu kemudian datang dan menumbuk muka jururawat itu dan menyebabkan kecederaan pada lengan, muka dan kepalanya.
Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di Thailand.
Ramai yang berpendapat bahawa hospital mesti menguatkuasakan protokol lebih ketat, termasuk meningkatkan bilangan kakitangan keselamatan, sistem pengawasan dan langkah-langkah tindak balas kecemasan, lapor portal berita Thairath. – AGENSI