fbpx

Perdana Menteri solat Jumaat di Masjid Teras Jernang bersama lebih 2,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama jemaah yang hadir ketika menunaikan solat jumaat di Masjid Teras Jernang, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi di sini hari ini. Foto AMIR KHALID/KOSMO!

BANGI- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.22 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Solat Jumaat berkenaan diimamkan Ustaz Abdul Hafiz Azimer.

Anwar bersama jemaah kemudian turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Sentuhan Ramadan Dalam Zakat Fitrah’ disampaikan oleh Ustaz Abdul Hafiz.

Isi kuthbah antara lain mengingatkan jemaah supaya membayar zakat dengan segera tanpa menunggu saat akhir.

Selain itu, jemaah juga diingatkan supaya menunaikan kadar zakat mengikut kemampuan sebenar.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI