PETALING JAYA – Penguat Kuasa Kawal Selia Padi dan Beras sudah mula turun padang bagi memantau pengedaran beras putih tempatan bersubsidi di seluruh negara.
Laman Facebook rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, pemantauan itu dilakukan di pasar raya.
“Pemantauan dilakukan di sekitar Pahang, Perlis, Kelantan, dan Perak untuk memantau pengedaran Beras Putih Tempatan bersubsidi.
“Sehingga semalam, banyak lokasi pemantauan telah berjaya dilaksanakan,” kata laman Facebook Mohamad Sabu hari ini.
Terdahulu, laman Facebook itu berkata, bekalan Beras Putih Tempatan bersubsidi kini mula dijual di pasar raya di seluruh negara secara berperingkat.
Menurut laman Facebook Mohamad Sabu, bekalan Beras Putih Tempatan bersubsidi itu untuk memenuhi keperluan golongan sasar. – KOSMO! ONLINE