fbpx

Penganggur didakwa bunuh penyanyi wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh penyanyi sambilan wanita bulan lalu.

Tertuduh, Hong Yew Peng, 54, bagaimanapun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan kali kedua oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga menyebabkan kematian ke atas mangsa berusia 52 tahun. Perbuatan itu dilakukan pukul 1.30 dan 3.30 pagi di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah, 22 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajuib tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh baharu untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat mangsa. Tertuduh tidak diwakili peguam. Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 April ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang penyanyi sambilan wanita dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di atas katil bersama seorang lelaki yang turut mengalami kecederaan.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 14 kesan tikaman pada tubuh mangsa. Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan ibu tiga anak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI