fbpx

Penantian Spurs julang trofi makin kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGVALL (kiri) menjaringkan gol sendiri menyebabkan Spurs tewas kepada Alkmaar awal pagi tadi. - AFP

ALKMAAR – Kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min mahu kekalahan 0-1 kepada AZ Alkmaar dalam saingan Liga Europa dijadikan sebagai tamparan yang menyedarkan seluruh pasukan.

Dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik di Stadium AFAS awal pagi tadi, Spurs kalah disebabkan gol sendiri Lucas Bergvall dan persembahan hambar yang dipamerkan sekali gus membuatkan harapan mereka untuk meraih satu-satunya trofi musim ini semakin pudar.

Skuad kendalian Ange Postecoglou bukan sahaja gagal mencipta banyak peluang berbahaya, malah bernasib baik kerana hanya bolos satu gol menjelang aksi timbal balik di Stadium Tottenham Hotspur minggu depan..

“Ia jauh daripada standard sebenar kami. Sangat mengecewakan apabila kami bermain seperti ini, termasuk saya sendiri. Ini satu ‘wake-up call’ yang sangat besar kerana minggu depan adalah perlawanan terpenting musim ini.

“Kami langsung tidak mencipta peluang di separuh masa pertama, bermain sambil lewa dan gagal menunjukkan kualiti sebenar kami. Semua orang sangat kecewa, sama ada dari segi individu mahupun sebagai satu pasukan,” katanya.

Postecoglou sebelum ini terkenal dengan reputasinya sering memenangi trofi pada musim kedua di setiap kelab pernah dikendalikannya, namun rekod itu bakal musnah sekiranya Spurs gagal bangkit di London nanti.

Lebih memburukkan keadaan, Spurs kini berada di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sudah tersingkir daripada kedua-dua kejohanan domestik, menjadikan Liga Europa satu-satunya peluang terakhir untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 2008.

“Ia bukan persembahan terbaik kami dalam hampir semua aspek permainan. Kami tidak benar-benar menguasai perlawanan, bergelut mencari rentak dan tidak cukup agresif ketika bertahan,” kata Postecoglou. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI