fbpx

Orleans Masters: Pearly-Thinaah bangkit ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU wanita negara, Pearly-Thinaah bangkit mencipta kemenangan untuk mara ke pentas suku akhir Kejohanan Badminton Orleans Masters di Perancis.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya bangkit melangkah ke pentas suku akhir Kejohanan Badminton Orleans Masters di Perancis sejurus menewaskan gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan bergelut pada set kedua perlawanan sebelum bangkit mencipta kemenangan 22-20, 11-21, 21-14 dalam tempoh 68 minit.

Hasil kemenangan tersebut, gandingan negara perlu melakukan persiapan terbaik memandangkan mereka akan berdepan beregu China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.

Satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut mara ke pentas suku akhir selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengatasi gandingan Taiwan, Ming Che Lu-Hung En Tzu 16-21, 21-13, 21-16 dalam tempoh 49 minit.

Bagaimanapun, Pang Ron-Su Yin perlu bersiap sedia memandangkan mereka berdepan gandingan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja yang mengatasi gandingan terbaik negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Pilihan utama kejohanan itu ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 8-21, 17-21 di tangan Rehan-Gloria yang tampil dengan permaian cukup agresif sejak awal perlawanan.

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melangkah ke pentas suku akhir sejurus menyingkirkan bekas pemain nombor satu dunia dari India, K. Srikanth 21-11, 21-17.

Pemain ranking ketujuh dunia itu hanya memerlukan setengah jam untuk meraih kemenangan pada pusingan kedua di Palais des Sports, Orleans.

Kemenangan tersebut pasti meningkatkan keyakinannya semula selepas terpaksa berehat susulan kecederaan buku lali kanan yang dialaminya ketika Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China pada Disember lalu.

Hasil kemenangan tersebut, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu akan menentang Nhat Nguyen dari Ireland bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok. -KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI