PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan dibeli di Bazar Ramadan.
KKM berkata, langkah tersebut bagi mengelak orang ramai daripada keracunan makanan.
“Perhati dan pilih juadah makanan di bazar Ramadan sebelum membelinya,” kata KKM dalam satu hantaran di Facebook hari ini.\

Dalam hantaran berasingan, KKM berkata, juadah seperti ayam percik, roti john dan murtabak antara makanan popular yang sering terdapat di bazar Ramadan.
Bagaimanapun, kata KKM, pendekatan secara bersederhana bagi pengambilan makanan itu perlu dititikberatkan kerana jumlah kalori makanan tersebut adalah tinggi.
“Pengambilan kalori yang berlebihan boleh menaikkan berat badan. Oleh itu, setiap masyarakat perlu mengambil kira berat kalori makanan yang diambil.
“Ini bagi mengelak kenaikan berat badan secara mendadak seterusnya akan mengakibatkan penyakit kardiovaskular,” kata KKM. – KOSMO! ONLINE