fbpx

Lelaki Sri Lanka diculik teman wanita selepas berang kena tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Berang ditinggalkan kekasih, seorang wanita tempatan bersama tiga rakannya bertindak melarikan lelaki warga Sri Lanka itu dari sebuah kedai cuci kereta di Gelang Patah, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 42 tahun yang memaklumkan pekerjanya itu dilarikan kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya, mangsa berusia 26 tahun itu merupakan pekerja pengadu di sebuah kedai cuci kereta di kawasan Gelang Patah.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri membuat serbuan bermula 12.30 tengah malam hingga 7.30 pagi keesokan harinya.

“Dalam serbuan itu, polis menahan dua lelaki dan dua wanita berusia 18 hingga 37 tahun di kawasan Kuala Selangor dan kawasan Bestari Jaya, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata, seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala hasil ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah.

“Hasil siasatan mendapati mangsa adalah kekasih salah seorang suspek wanita dan mangsa telah meninggalkan teman wanitanya itu hingga menyebabkan kesemua suspek bertindak mengesan serta melarikan mangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI