fbpx

‘Ingat dekat Johor Bahru lagi murah, rupanya…..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh TikTok, Ena Izzati meluahkan rasa terkejut dengan harga makanan di Johor Bahru yang didakwa jauh lebih mahal daripada jangkaannya.

Menurut wanita itu, dia yang baru berpindah ke bandar raya itu dari Selangor tidak menyangka harga makanan seperti martabak ayam dan daging boleh mencecah RM10 sekeping.

“Dalam fikiran aku, ingat martabak di sini (Johor Bahru) ‘standard’ orang jual RM7 hingga RM8 sekeping.

“Rupa-rupanya, aku pergi bazar Ramadan semalam, nak menangis tengok harga sehingga tak terkata,” katanya menerusi video tersebut.

Di ruang komen ramai yang menyuarakan pendapat sama mengenai topik dalam video berkenaan.

“Memang tak dinafikan makanan dekat Johor Bahru mahal ye,” komen @MIN.

“Betul dan martabak kat sini tak sedap pun jika dibandingkan sebelah utara, kering sangat. Saya orang Johor memang tak suka martabak sini,” kata @MummyAdah84.

“Johor punya kadar hidup memang gila, kalau Johor Bahru belah Batu Pahat masih okey la,” balas @AzhadFranx. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI