fbpx

Dua remaja maut, tiga parah kereta rempuh penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kemalangan di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar malam ini.

ALOR SETAR – Dua remaja lelaki maut manakala tiga lagi parah selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan di Jalan Tanjung Bendahara, di sini malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.28 malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa cedera parah. Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menggunakan EMRS bomba dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI