fbpx

[VIDEO] Cuba pukau dengan RM100, lari lepas kena sergah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran video TikTok seorang peniaga menceritakan kisahnya yang hampir dipukau lelaki warganegara asing.

PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki dipercayai warga asing untuk pukau seorang peniaga dengan ‘umpan’ wang RM100 bagi tujuan membeli sebotol air mineral tidak berjaya apabila dia disergah di sebuah pasar raya di Shah Alam.

Menerusi hantaran video TikTok milik @Diktin_official, menjelaskan lelaki berkenaan datang dalam keadaan berbau arak, kononnya untuk membeli sebotol air mineral.

“Dia bayar guna wang kertas RM100, lepas itu, dia cuba putar belit minta tukar saiz botol dan bayaran balik (refund).

“Saya buatlah refund macam biasa. Masa saya buka laci tu tiba-tiba dia hulur duit dekat sangat. Saya pun marahlah sebab sekejap nak tukar, sekejap nak ‘cancel’.

“Lepas saya marah, dia terus keluar tak jadi beli. Ingat saya tak tahu dia punya taktik nak kelirukan orang dengan pukau, seram pun ada,” katanya.

Lebih mengejutkan, selepas gagal memperdayakan pekerja itu, lelaki tersebut dilaporkan mengulangi taktik sama di beberapa kedai lain dalam pusat beli-belah berkenaan.

“Kawan saya yang kerja di kedai makan pun nyaris terkena dengan lelaki itu,” jelasnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata melaporkan bahawa lelaki tersebut dipercayai individu yang sama yang pernah mencuba taktik serupa di kedai kosmetik.

“Ini macam lelaki yang dalam kedai kosmetik itu je,” balas @Hidayahali_dayah.

“Ini macam orang yang sama dekat kedai barangan kosmetik. Mamat ini tengah aktif cari mangsa,” komen @Noahshan72.-KOSMO! ONLINE

@diktin_official Ya allah hari ini nyaris dipukau dengan mamat pakistan ni dalam Setia City Mall setia Alam yaa gais😫 Aku kerja kedai fnb tiba-tiba dia datang dengan bau busuk arak mcm tu lepas minum kot nak beli air mineral konon lah kn, tengok staff aku layan dia then dah payment tu pakai duit RM100 ya taktik dia nak pusing duit tu!!! dia pusing lagi cakap nak tukar mintak pulak botol mineral besar situ pun mcm pelik je dia ni tukar so staff aku cakap la takde yg besar then nak refund ya!! Okay aku datang je buat refund mcm biasa lepastu dia nk order balik yg sama weh mintak 2botol kecik after refund tu Aku bengang lah yg mana satu dia nak then masa aku bukak drawer tu dia datang dekat weh hulur duit dekat sangat aku marah lah ye kejap tukar kejap cancel siapa tak marah!!! Lepas aku marah tu dia terus keluar last tk jadi beli ingat aku tk tahu dia punya taktik nak kelirukan org pukau semua seram pun ada😖 Time tu aku dh habis shift aku try follow dia ya setiap kedai makan dia masuk cuma nak beli air mineral tu reason yang SAMA!! Kawan aku yang kerja fnb jugak nyaris terkena weh yg terdekat situ. Aku follow dia sampai lah dia keluar ya dari mall then report dekat guard dekat situ apa yg berlaku pesemua sebab dia dah biasa banyak kali buat macam tu Ya allah mintak jauh lah dari semua tu😥 YANG MANA NAMPAK ATAU TERJUMPA HATI-HATI GAIS TAK SEMPAT NAK RAKAM DARI DEPAN SEBAB DIA DH NAMPAK AKU RAKAM PLEASE ALERT TERUTAMA CASHIER DIA KAN KACAU CASHIER JE BILA KESEORANGAN😨😨 #fypage #fyp #setiacitymall #setiaalam #fypシツ #foryou #pukau ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI