fbpx

Bukan salah Cubarsi kena kad merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUBARSI (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Felix Zwayer menentang Benfica awal pagi semalam. - AFP

LISBON – Pengendali Barcelona, Hansi Flick berbangga dengan pengorbanan dilakukan barisan pemainnya ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Benfica pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Estadio da Luz awal pagi semalam.

Flick begitu gembira dengan kematangan pemain-pemainnya kerana mampu mengekalkan fokus ketika bertahan terutamanya selepas bermain 10 orang ekoran layangan kad merah terhadap Pau Cubarsi.

“Kemenangan yang begitu hebat. Ini bukan tentang kemenangan tetapi cara kami meraihnya wajar dibanggakan. Kami bertahan dengan baik secara berpasukan dan itu adalah perkara penting buat kami.

“Ini adalah kerja kolektif daripada semua orang. Kami mampu meneruskan permainan dengan baik walaupun kehilangan seorang pemain di babak pertama, malah reaksi balas ditunjukkan juga agak bagus.

“Apa yang kami lalui bukan mudah kerana masih ada perlawanan kedua. Benfica adalah satu pasukan yang bagus dan kami perlu sentiasa waspada dengan mereka,” katanya.

Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh Raphinha pada minit ke-61 sekali gus memberi kelebihan tipis buat Barcelona sebelum menghadapi perlawanan kedua di gelanggang sendiri minggu depan.

Dalam masa sama, Flick enggan menuding jari terhadap Cubarsi dan menganggap kesilapan dilakukan pemain pertahanan muda itu hingga dilayangkan kad merah pada minit ke-22 adalah sebahagian daripada proses mematangkan dirinya.

“Perkara seperti ini boleh berlaku dalam bola sepak dan ia berlaku kepada kami. Kita semua melakukan kesilapan dan paling penting adalah bagaimana kita beri tindak balas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI