fbpx

Betul ke orang perempuan tarawih susah nak rapatkan saf?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Baru saya perasan, semua orang (wanita) solat (tarawih) kat sejadah masing-masing saja. Tak mahu pun rapat bahu ke bahu.”

Itu luahan seorang individu yang kecewa dengan sikap para wanita yang hadir solat berjemaah di masjid, namun sukar untuk merapatkan saf masing-masing.

Menggunakan profil Hazirah Hamzah, perkara seperti itu katanya tidak pernah berlaku selama dia bersolat tarawih Masjid Negeri (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) di Shah Alam, suatu ketika dahulu.

“Kita ja usaha rapat ke bahu sebelah kanan, yang sebelah kiri, duduk jauh kat sejadah dia ja.

“Kalau di Shah Alam dulu, sejadah dah tinggal belakang-belakang pun tak kisah. Semua orang rapatkan saf,” katanya menerusi media sosial.

Wanita itu berkata, kini dia memahami dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kaum wanita sukar untuk merapatkan saf.

“Sekarang saya faham bila orang cakap perempuan susah nak rapatkan saf. Saf depan kosong, kita pergi la ke depan dan biar sejadah kat belakang.

“Habis solat isyak, mak cik belakang panggil suruh ambil sejadah. Katanya tak ada orang solat kat situ sebab ingat ada orang. Hah?,” ujarnya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan luahannya itu.

Malah, ada yang mengatakan keadaan itu semakin ketara selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pendemik Covid-19 melanda.

“Hari kedua dan pertama (tarawih) dah kena. Sebelah kosong sebab orang sebelah tak nak gerak sebab dia bawa sejadah,” komen seorang pengguna.

“Saya perasan lama dah. Lepas PKP saf jadi makin terabur, satu sejadah satu orang. Ramai yang rapatkan sejadah, bukan saf,” kongsi seorang lagi netizen.

“Duduk tegak atas sejadah masing-masing. Kalau kita rapatkan saf, pijak sejadah dia, tak puas hati pula,” luah netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI