fbpx

Bekas pegawai khas disyaki minta, terima rasuah RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman semalam.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada seorang Ahli Parlimen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Rasuah diminta oleh suspek itu dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan dana Projek Mesra Rakyat.

Perintah reman selama empat hari bermula semalam sehingga 9 Mac terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu telah ditahan pada 5 Mac kira-kira pukul 9.30 malam ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana Projek Mesra Rakyat bernilai kira-kira RM 1.5 juta.

“Ia membabitkan pembekalan Interactive Smart Board kepada beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur,” katanya tadi.

Sumber berkata, siasatan juga akan menjurus kepada aspek pembekalan bagi mengesahkan penerimaan item mengikut kuantiti dan spesifikasi oleh sekolah-sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI