PETALING JAYA – Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga esok.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi Sarawak melibatkan Limbang sahaja manakala Labuan di seluruh kawasan.
“Sabah pula meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan).
“Turut terlibat adalah sekitar kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” kata kenyataan itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE